Sporty Magazine official website | Members area : Register | Sign in

logo

.

Chatbox

COMMENTS »

Ubat daripada sumber Babi dan pilihan Alternatif

Ubat daripada sumber babi merupakan isu kontemporari, sensitif dan kontrovasi terutamanya bagi negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam seperti di Malaysia, Indonesia dan Brunei. Produk ubat-ubatan seperti vaksin, ubat pembedahan, kencing manis dan sakit jantung disyaki mengandungi bahan-bahan yang tidak halal. Meskipun Islam memberi kelonggaran sementara untuk mengambil ubat-ubatan yang mengandungi sumber haram dalam keadaan darurat, namun bagi pesakit yang menitik beratkan soal halal dan haram, mereka mempunyai hak untuk mengetahui dan membuat keputusan sama ada mahu menerima atau menolak ubat tersebut. 

Buku Ubat Daripada Sumber Babi dan Pilihan Alternatif  ini memberi pendedahan dan panduan kepada pembaca bagi menghadapi isu penggunaan sumber babi di dalam ubat-ubatan dan permasalahan yang berkaitan dengannya. Selain menyenaraikan lebih 90 jenis ubat yang mengandungi sumber babi dan pilihan alternatif yang ada, buku ini juga menerangkan pendapat-pendapat ulama serta fatwa-fatwa perubatan terkini yang dikeluarkan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Palestin Kami Datang!


Wosh!!! Otak bersemburan keluar. Bertaburan di lantai. Seorang relawan Turki, Chevdet yang sedang merakam foto ditembak tepat di dahi di antara dua kening. Tembus ke belakang. Banyak lagi episod-episod ngeri di atas kapal Mavi Marmara ketika serangan Zionis ke atas kapal itu. Novel ini merakamkan semula peristiwa berdarah 31 Mei 2010 untuk menjadi tatapan generasi kini dan akan datang. Menjadi sejarah. Peristiwa ini begitu penting kerana ia meniup kencang gelombang kebangkitan seluruh dunia, bangun membantu Palestin, menerobos tembok kematian!

Penulis : Fatimah Syarha Mohd Noordin & Dr. Farhan Hadi Mohd. Taib
Kod Buku : TBBK1174
Kod ISBN : 978-967-388-008-9
Harga : RM17.00

From Cat Stevens to Yusuf Islam


FROM CAT STEVENTS TO YUSUF ISLAM menelurusi liku-liku kehidupan awal Cat Stevens mengharungi dunia kemasyhuran dan kekayaan sebagai penyanyi pop dalam mencari kebenaran untuk kembali kepada fitrah hatinya. Dan dia bertemu Islam setelah mengharungi pelbagai cubaan, dugaan dan cabaran. Akhirnya dia menjadi pejuang agama yang berjuang dengan mendidik diri dan keluarganya, membina sekolah Islam dalam misi pendidikan, mengutus misi kemanusiaan sejagat, malah mengungguli kehidupan total sebagai seorang Islam dalam segenap aspek kehidupannya.

Penulis : Hermawan Aksan
Kod Buku : TBBK1168
Kod ISBN : 978-967-388-001-0
Harga : RM20.00

Mukmin Profesional : Celik Mata Hati

Buku Mukmin Profesional: Celik Mata Hati ini menyerlahkan kembali nilai-nilai teras yang diperjuangkan oleh pejuang Islam silam menerusi pendekatan kontemporari. Antara kelebihannya ialah:
• Diperkuatkan dengan gaya penyampaian yang saintifik dan artistik yang kini sinonim dengan dunia Barat justeru menyedari bahawa apa sahaja hikmah (tidak kira dari Timur atau Barat) adalah milik Islam.
• Memberi satu kerangka besar yang tepat dan jelas mengenai kehidupan. Dengannya, insya-Allah ‘jigsaw puzzle’ kehidupan ini akan terungkai. Hasilnya, para pembaca akan menjalani hidup ini dengan pasti dan yakin.
• Setiap bab dihuraikan secara mudah dan praktikal. Walaupun subjek-subjek dalam buku ini sangat serius dan ia bukanlah sesuatu yang popular, namun gaya dan pendekatannya yang mudah dan menarik, menjadikan buku ini mudah difahami dan dihayati.
• Gaya yang menghiburkan, dinamik, kreatif dan informatif. Cerita, sajak, ilustrasi, metafora dan kata-kata hikmah yang diselitkan akan membantu pembaca membaca buku ini dengan serius tetapi santai.
Buku yang akan meneruskan momentum dan kesinambungan usaha memartabatkan Islam sebagai satu cara hidup di peringkat yang lebih luas dan menyeluruh. Umat Islam memerlukan ‘personal branding’ (penjenamaan peribadi) yang mantap dalam perjuangannya memartabatkan kembali keunggulan Islam sarwajagat. Maka itu Mukmin Profesional adalah ‘personal branding’ yang diidamkan itu! Insya-Allah.

Penulis : Ustaz Pahrol Mohamad Juoi
Kod Buku : TBBK1145
Kod ISBN : 978-967-5102-96-7
Harga : RM55.00

Panduan Lengkap Kehamilan - Diari Hamil


DIARI HAMIL ini disusun untuk kegunaan dan rujukan ibu dan bakal ibu sepanjang tempoh mengandung orang baru yang bakal lahir. Semua orang mengimpikan cahaya mata yang sempurna dan soleh atau solehah. Sebagaimana Allah merancang, anda juga perlu merancang sebuah kelahiran yang cemerlang. Gunakanlah buku ini.
Bagaimana menggunakan buku ini.
  • Buku ini merupakan panduan lengkap kepada bakal ibu. Mendedahkan perkembangan semasa bayi serta ibu sepanjang kehamilan.
  • Panduan berguna bagi melancarkan aktiviti ibu semasa hamil dan menyediakan diri selepas proses bersalin.
  • Turut memuatkan tip-tip yang berguna kepada suami dan bakal bapa untuk kesejahteraan isteri dan bayi.
  • Hadiah kepada isteri tersayang.
  • Khazanah kenangan paling berharga buat seisi keluarga yang boleh disimpan sebagai koleksi peribadi.
Penulis : Khairun Nisa Zakaria, Muhd. Mawardi Zakaria & Khulwana Hanapi
Kod Buku : TBBK1169
Kod ISBN : 978-967-388-010-2
Harga : RM26.00

Wanita, Isteri dan Rahsia Seksual


Wanita mencapai akli baligh lebih awal berbanding lelaki dan biasanya mula mengenali seksualiti melalui rakan rapat. Mereka hanya akan mendapat pendedahan yang terkawal tentang ilmu seks jika melalui pendidikan agama yang teratur. Ketika itu mereka perlu menjaga tingkah laku dan berkelakuan tertib mengikut tatacara yang diaturkan kepada mereka, maka tidak mustahil mereka akan berkelakuan liar sukar dikawal.
MENGAPA ANDA HARUS MILIKI BUKU INI?
  • Penerangan secara lengkap berserta hujah saintifik memudahkan  pemahaman pembaca.
  • Penyampaian secara separa santai
  • Info syariah sebagai pelengkap maklumat menurut Islam
  • Ilustrasi menarik dan sinis mampu merehatkan minda
  • Reka bentuk yang menarik
  • Jadikan buku ini bahan bacaan anda, anak-anak dan bahan bantu mengajar di sekolah.
Penulis : Profesor Emeritus Dr. Mohd Ismail Tambi
Kod Buku : TBBK1175
Kod ISBN : 978-967-388-009-6
Harga : RM20.00

Mukmin Profesional


oleh: Genta-Rasa
Alhamdulillah, saya mengucap syukur ke hadrat Allah swt, pada hari ini Insya-Allah, sebuah buku yang sangat besar ertinya kepada saya dan sahabat-sahabat di Fitrah Perkasa telah mula dicetak.
Saya berdoa semoga ada kebaikannya untuk semua. Kepada Allah jua kami berserah… semoga Allah permudahkan jalan kami untuk terus berdakwah dengan niat memperbaiki diri dan orang lain. Amin.
Bagi, pengunjung-pengunjung blog, terimalah prakata dalam buku yang diberi tajuk, Mukmin Profesional: Celik Mata hati ini.

PRAKATA
“Bukan soal mati pucuk tetapi mati akar!”
Tahniah, kerana mula membaca buku ini. Membaca umpama memberi ‘makanan’ pada akal dan memberi ‘cahaya’ bagi hati. Apa yang kita baca akan membentuk diri kita secara langsung. Sering diungkapkan oleh bijak pandai:

“Siapa diri kamu akan datang dicorakkan oleh buku apa yang kamu baca sekarang.”
Insya-Allah, buku ini akan mencorakkan hidup anda ke arah yang lebih baik. Malah keputusan untuk membacanya pun sudah membuktikan bahawa anda telah komited untuk belajar – satu tugas sepanjang hayat – dari buaian sehingga ke liang lahad.

‘When you stop learning, you stop leading’ – apabila kita berhenti belajar, kita berhenti memimpin. Setiap kita adalah pemimpin, sekurang-kurangnya pemimpin kepada diri kita sendiri. Jadi, apa yang anda lakukan sekarang sebenarnya bukan setakat membaca, malah anda sedang memimpin. Ingat selalu, ‘leaders are learners!’ – pemimpin adalah orang yang sentiasa belajar.

Tidak ada noktah dalam membentuk diri ke arah yang lebih baik. ‘Usaha membaiki diri adalah satu kembara yang tidak berhujung’. Sering kali penghujung suatu jalan, membuka satu jalan lain yang lebih luas.
‘In life, what sometimes appears to be the end is really a new beginning’.

Ya, dalam hidup, kadangkala sesuatu yang kelihatan seperti satu pengakhiran sebenarnya adalah satu permulaan yang baru! Berbanding malaikat yang secara tabiinya baik dan kebaikannya statik, manusia pula sebaliknya mempunyai potensi untuk menjadi lebih baik dan sentiasa dinamik.

BERJAYA, CELAKA ATAU TERPEDAYA?

Usaha memperbaiki diri bukan satu suratan (destiny) tetapi satu kembara (journey) yang berterusan. Malah, tidak keterlaluan kalau dikatakan perjuangan memperbaiki diri adalah satu perjuangan nafas panjang (the long breath war). Kita akan sentiasa berubah, sama ada menjadi orang yang lebih baik atau sebaliknya. Jika kita tidak menaik, kita pasti sedang menurun.

Kata hukama: “Orang yang berjaya ialah orang yang hari ininya lebih baik daripada semalam. Orang yang terpedaya ialah orang yang hari ininya sama seperti semalam. Dan orang yang celaka ialah orang yang hari ininya lebih buruk daripada semalam.”

Kita di golongan mana? Berjaya, terpedaya atau celaka? Terpulang pada kita untuk memilihnya. Justeru, sudikanlah buku ini sebagai panduan untuk membuat pilihan dan tindakan. Mudah-mudahan Allah akan membuka pintu hati kita untuk mencari dan mendapatkan kekuatan dengan membacanya. Amin.
Buku ini akan menjelaskan perkara-perkara penting dan teras dengan cara yang mudah dan pantas sama ada dari segi bahasa, perbahasan, dalil atau contoh-contohnya. Insya-Allah! Saya cuba memenuhi apa yang dinasihatkan oleh Fauzil Adhim, seorang pengarang tersohor Indonesia melalui katanya:

“Orang yang hebat menulis masalah berat dengan bahasa sederhana. Orang yang ingin disebut hebat menulis masalah sederhana dengan bahasa berat.” 

Walaupun saya bukan orang yang hebat, tetapi tidak salah untuk meniru orang yang hebat dengan mempermudah penyampaian mesej menerusi buku yang serius ini.

JANGAN BIARKAN ‘INGIN’ MENJADI ‘DINGIN’

Buku ini bukan sahaja untuk mereka yang ‘lemah’, tetapi juga buat yang ingin ‘menambah kekuatan’. Keinginan untuk menjadi lebih kuat adalah satu modal besar. Tanpa keinginan – walau mempunyai bakat, minat dan kecerdasan yang hebat pun tidak akan membawa kita ke mana-mana. Jadi, jangan biarkan ‘ingin’ menjadi ‘dingin’. Fikirkan tentang kuasa ‘keinginan’ itu berdasarkan kata-kata ini:

“It’s not how good you are, it’s how good you want to be.” – soalnya bukan sejauh mana kebaikan awak tetapi sejauh mana keinginan awak untuk menjadi baik.

Oh, ya! Apabila bercakap tentang ‘menambah kekuatan’, saya tidak bermaksud bercakap tentang Tongkat Ali atau Viagra. Tidak, buku ini tidak akan memperkatakan soal ‘pucuk’, tetapi ia akan fokus pada soal ‘akar’. Kita akan menelusuri soal ‘mati akar’ yakni hilangnya daya tahan, kekuatan dan kemampuan untuk mencapai kejayaan dalam hidup, baik di dunia mahupun di akhirat.

APA PERLUNYA BUKU INI?

Kenapa anda perlukan buku ini? Apa keistimewaannya? Mungkinkah isinya nanti akan mengulang-ulang perkara lama yang telah pun anda sedia ketahui? Saya ingin tegaskan sekiranya benar pengulangan itu berlaku pun tidak mengapa, justeru pengulangan merupakan ibu kepada segala pengetahuan. ‘Repetition is mother of knowledge’ – pengulangan itu ialah ibu kepada pengetahuan.

Setelah dibeli, jangan dibiarkan buku ini tersepuk di rak buku tanpa dibaca dan dipraktikkan (sesetengah orang hanya berminat untuk membeli buku, bukan untuk dibaca, apalagi mengamalkannya). Jangan begitu. Jadikan peribahasa Cina ini sebagai motivasi untuk serius membaca dan mengamalkan isinya: “Dengan wang kamu hanya boleh membeli buku, tetapi kamu tidak boleh membeli ilmu.”

Ilmu hanya boleh dimiliki dengan membaca – membaca anak kunci pengetahuan. Mulakanlah membaca, walaupun dengan kadar yang sedikit. Mulakan sekarang. Mulakan hari ini. Ingat, tidak ada hari esok bagi mereka yang tidak memulai hari ini!

JANGAN LETAKKAN PELITA DI ATAS ATAP

Imam Ghazali pernah mengumpamakan ilmu yang tidak diamalkan samalah seperti meletakkan pelita (lampu) di atas atap. Apa hasilnya? Ruang dalam rumah tetap gelap kerana cahaya hanya tersebar di atas atap.
Begitulah perumpaannya apabila ilmu tidak diamalkan, cahayanya akan berlegar-legar seputar akal tetapi tidak menusuk ke dalam hati. Dan ilmu ini pasti tidak akan melahirkan tindakan. Kejayaan bukan dengan banyaknya membaca, tetapi sejauh mana kita amalkan apa yang telah dibaca.
Ingin ditegaskan, buku ini ditulis berdasarkan realiti dan pengalaman, bukan atas teori dan andaian. Buku ini memaparkan pengalaman penulis dan sahabat-sahabatnya mendidik dan melatih melalui program yang dijalankan oleh Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. Yakni pengalaman yang didapati hasil melihat, bertemu, bergaul dan berbincang sendiri dengan pelbagai golongan masyarakat selama lebih 12 tahun. Ya, buku ini ditulis dengan pengalaman dan diharap pembaca dapat memahaminya berdasarkan pengalaman anda juga. Bukankah pengalaman itu adalah guru terbaik kita?

Terlibat secara langsung merangka dan melaksanakan program latihan dengan pelbagai modul – Mukmin Profesional Berteraskan Nilai-nilai Murni, Kesedaran Pencetus Perkasa Diri, ‘Internalizing Core Value’, Kepimpinan Berteraskan Nilai, Penghayatan Nilai Murni Menerusi Solat dan beberapa modul lagi, menjadi sebab timbulnya satu keinginan yang kuat untuk membukukan semua pengalaman itu.

Syukur, ramai pihak di pelbagai peringkat – individu, keluarga dan organisasi yang telah mendapat manfaat daripada program-program tersebut dan buku ini merupakan satu kesinambungan pada kesyukuran itu. Usaha itu terbukti menyentuh hati sekali gus membangunkan aspirasi pelbagai pihak – daripada ‘budak’ pejabat, pemandu, hinggalah kepada usahawan, pegawai eksekutif, CEO-CEO dan ahli-ahli korporat.
Alhamdulillah, ramai yang mengalami satu anjakan paradigma, pemurnian persepsi, keyakinan dalaman untuk menambah keberkesanan dan kecekapan dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap diri, keluarga dan organisasi. Ada yang tekad membuang amalan-amalan negatif, ada yang mula solat, menutup aurat, gigih dan bersemangat tinggi untuk bekerja.

Semua itu bukan untuk dibanggakan, tetapi sebagai pendorong untuk mempertingkat dan mempelbagaikan lagi pendekatan untuk mengubah diri, masyarakat dan negara ke arah kebaikan. Jika ramai yang telah berubah melalui program latihan, saya optimis akan ramai juga yang bakal berubah melalui pembacaan. Bukankah kalimah komunikasi Tuhan dengan manusia yang pertama dimulakan dengan Iqra’ – yakni bacalah?

KELUHAN DAN RINTIHAN

Bermacam-macam keluhan dan rintihan yang telah kita dengar. Dari soal kesetiaan dan keikhlasan yang dipersiakan, soal dilema antara kepentingan famili dan organisasi, krisis dengan bos yang sentiasa merasa betul, sikap pilih kasih pihak atasan, sehinggalah kepada sifat melawan ‘tauke’ orang bawahan. Kemelut dalam – diri, famili, organisasi ini – kadang-kadang sungguh memeningkan.

Di dalam diri – stres, marah, kecewa dan rasa lesu sering mengganggu. Di rumah, ramai yang mengeluh tentang kerenah anak-anak, ragam isteri atau kealpaan suami. Dalam organisasi pula, tertekan oleh ketidakadilan atasan, kedegilan bawahan, keegoan rakan sekerja dan lain-lain.

Tiga kekecewaan ini sahaja sudah cukup untuk ‘melemahkan’ manusia moden yang kononnya serba ‘power’ dan ‘super’ ini. Benar seperti apa yang pernah saya dengar daripada Prof. Dato’ Mahmood Zuhdi, “Manusia akhir zaman sentiasa ‘berperang’ dengan dirinya, dengan orang lain dan dengan alam.” Jika demikian, di mana kebahagiaan?


Hakikatnya tidak siapa boleh lari daripada masalah. ‘Life is to solve problem’ – hidup memang untuk menyelesaikan masalah! Kematian, perbalahan, kegagalan, kesakitan dan kesempitan hidup akan terus melanda kita. Itulah peraturan hidup – ‘rules of life’ yang tidak boleh dimungkiri dan dielakkan. Cuma, bagaimana kita menanganinya? Masalah kita bukan masalah itu, tetapi bagaimana kita berdepan dan menanganinya… itulah cabarannya!

MANUSIA TIDAK AKAN DAPAT MENGAWAL MANUSIA

Ramai yang hanya melihat masalah secara tersurat. Fokus kita hanya sebatas melihat buah atau kesannya, yakni berpaksikan ‘sebab-sebab luaran’ bukan ‘sebab-sebab dalaman’. Lalu sering kali kita gagal menyelami hakikat yang tersirat atau punca sebenar masalah itu. Kita hanya berlegar-legar dan berkisar pada soal-soal ‘kulit’ (akibatnya) bukan pada isi (puncanya).

Murid yang jahat, perketatkan disiplin. Isteri yang meragam, longgokkan harta. Pekerja yang malas, potong gaji. Majikan yang tamak, boikot. Pemimpin yang zalim, demonstrasi. Membuang sampah, denda. Mengedar dadah, gantung!

Tapi apakah semua masalah itu berjaya diselesaikan secara tuntas dengan cara itu? Kita sama-sama tahu jawapannya. Hidup zaman ini terlalu bergantung kepada akta, undang-undang dan peraturan. Bukan menafikan kepentingan undang-undang dan peraturan, tetapi kalau cara itu sahaja yang diharap untuk menyelesaikan semua masalah, yakinlah kita akan berdepan dengan lebih banyak masalah.
Manusia selamanya tidak akan dapat mengawal manusia. Kita perlu kembali kepada Pencipta manusia. Mari kembali kepada Allah. Mari kembali kepada fitrah. Inilah seruan awal yang menjadi pembuka kata dalam buku ini.

Categories